PENJELASAN:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat cubaan menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun di Wakaf Mempelam, Terengganu, sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut PDRM, berita kononnya berlaku kes cubaan culik melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di Wakaf Mempelam adalah tidak benar. Sebaliknya, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah, pihaknya mendapati kejadian itu hanyalah cerita rekaan kanak-kanak berkenaan.
“Hasil siasatan, kita mendapati kanak-kanak itu hanya mereka cerita dia cuba diculik kerana takut kejadian dia ditangkap oleh pihak Masjid Wakaf Mempelam kerana mencuri duit masjid diketahui ibunya. “Dia mereka cerita diculik dengan harapan ia dapat menutup cerita yang beliau didakwa mencuri di masjid serta takut pihak masjid datang berjumpa ibunya untuk memaklumkan kejadian itu,” ujarnya.
SUMBER :