PETRONAS Hantar Jemputan Pelancaran Minyak Baru Beserta Caj Bayaran?

TULAR:
586
Gambar hiasan. Sumber: wikimedia.org

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat pihak ketiga yang mewakili PETRONAS menghantar jemputan yang turut disertakan caj bayaran bagi menghadiri pelancaran minyak baru syarikat tersebut.

Gambar hiasan. Sumber: wikimedia.org

SEBENARNYA :

PETRONAS memaklumkan kepada orang ramai bahawa PETRONAS dan anak syarikatnya tidak melantik mana-mana perantara atau ejen pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak PETRONAS dan menyebarkan jemputan ke acara pelancaran.

PETRONAS juga tidak melantik mana-mana perantara atau ejen pihak ketiga untuk bertindak bagi pihak PETRONAS untuk menerima bayaran untuk acara ini.

SUMBER:

Petronas Dagangan Berhad

Akaun Twitter PETRONAS 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI