PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditelan seekor ular sawa di Ipoh.
SEBENARNYA :
Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri menafikan dakwaan yang disebar melalui laman sosial kononnya berlaku kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditelan seekor ular sawa di negeri Perak.
Pengarahnya, Yahya Madis berkata, pihaknya tidak menerima sebarang panggilan berhubung berlakunya kes seperti didakwa.
SUMBER :