Puting Beliung Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur?

TULAR:
426

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pada 27,28,29 dan 30 Oktober 2014.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan itu Alui Bahari berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan maklumat itu, yang kini tersebar dalam media sosial.

SUMBER :

Harian Metro

Astro Awani

Utusan

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI