Kapal Pencari Pesawat MH370 Hilang?

TULAR:
501

PENJELASAN:

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) memperjelaskan dakwaan kononnya kapal mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari skrin pengesan sepertimana tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Malaysia menepis khabar angin yang tersebar selepas kapal mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 hilang dari skrin pengesan, dengan menyatakan ia hanya berhenti untuk mengisi minyak di Australia dan akan meneruskan pencarian itu.

Seabed Constructor, yang dilantik pada bulan Januari untuk memulakan misi carian baru pesawat terbabit, mematikan transponder lokasinya selama tiga hari tanpa penjelasan, mencetuskan spekulasi, termasuk ia ‘memburu harta karun’.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata “Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami berharap ahli keluarga tidak cepat percaya khabar angin atau berita palsu”.

Seabed Constructor “dalam keadaan baik” dan “misi mencari akan diteruskan seperti yang dirancang”.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI