Makanan Tambahan Untuk Bayi?

TULAR:
438

PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat makanan tambahan yang boleh mengurangkan kedutan, memperlahankan proses penuaan serta mengembalikan keanjalan pada wajah kanak-kanak dan bayi, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut KKM, orang ramai perlu mendapatkan pandangan pakar terlebih dahulu sebelum memberikan makanan tambahan kepada bayi bagi mengelakkan risiko kepada anak mereka sama ada dalam tempoh singkat atau jangka panjang.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, ini kerana tanpa disedari pengambilan makanan tambahan juga boleh mendatangkan keburukan kepada organ dalaman bayi dan sekiranya diambil secara berlebihan akan menimbulkan masalah kesihatan.

Beliau juga berkata, “Kita ada syarat-syarat tertentu dalam mempromosikan produk kesihatan di bawah Lembaga Iklan Ubat dan tidak boleh sembarangan (mempromosi) produk di pasaran”.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI