PALSU:
Tular di media sosial dakwaan sebuah mesej yang meminta penduduk sekitar Sungai Buaya supaya tidak keluar dari rumah ekoran segelintir kaum India membuat sekatan jalan raya di sekitar kawasan Ihsan Ibu, Koskan. Dalam masa yang sama, dakwaan tersebut juga menyatakan, angkatan tentera turut berkawal di semua kawasan kuil di Sungai Buaya.
SEBENARNYA:
Berita meminta penduduk sekitar Sungai Buaya supaya tidak keluar dari rumah, yang tular malam tadi adalah tidak benar.
Ketua polis Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, berita tersebut mendakwa segelintir kaum India membuat sekatan jalan raya di sekitar kawasan perumahan Ihsan Ibu, Koskan.
Menurutnya, di lokasi sama turut dikatakan terdapat angkatan tentera yang mengawal di semua kawasan kuil di Sungai Buaya.
“Siasatan ibu pejabat ini mendapati berita yang tular adalah tidak benar dan semata-mata untuk menakutkan serta menimbulkan suasana gangguan ketenteraman awam di kawasan berkenaan.
“Semakan juga mendapati memang terdapat pasukan tentera di kawasan tersebut yang sedang menjalani latihan tahunan dan dijangka akan tamat pada 30 November ini.”