PENJELASAN :
Menteri Belia Dan Sukan, YB Saddiq Syed Abdul Rahman memperjelaskan dakwaan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melantik pemimpin parti politik bagi jawatan pengarah majlis sukan di peringkat negeri sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut YB Saddiq Syed Abdul Rahman, KBS menetapkan pengarah majlis sukan di peringkat negeri tidak dilantik daripada mana-mana pemimpin parti politik bagi mengelak sebarang pertembungan antara politik dan sukan.
Beliau tidak mahu perkara itu berlaku kerana dibimbangi akan wujud kepentingan peribadi dan konflik.
“Kita akan buat piawaian dan penetapan bahawa pengarah majlis sukan negeri bukan daripada pimpinan tertinggi parti politik. Di bawah kerajaan sebelum ini, pengarah majlis sukan negeri dilantik dalam kalangan pimpinan politik. Bagaimanapun, kali ini ia (pelantikan pengarah) perlu bebas daripada politik kepartian dan boleh dilantik dalam kalangan bekas atlet; tokoh korporat dan pegawai tadbir diplomatik atau mereka yang sudah lama dalam bidang sukan.”
SUMBER :