Dokumen Sulit Kerajaan Tidak Dibenarkan Dikongsi Di Media Sosial?

TULAR:
1021

WASPADA :

Orang ramai terutama penjawat awam dinasihatkan agar tidak kongsi sebarang maklumat atau dokumen sulit kerajaan di media sosial.

Gambar hiasan.Sumber : Bernama

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa mengingatkan semua penjawat awam agar tidak sekali-kali berkongsi sebarang maklumat atau dokumen sulit kerajaan di media sosial.

Beliau berkata, penjawat awam terikat dengan Akta Rahsia Rasmi oleh itu hendaklah sentiasa bertanggungjawab menyimpan rahsia sulit kerajaan dan mengambil langkah berjaga-jaga dalam pengurusan serta pengendalian dokumen-dokumen kerajaan.

Katanya, ini penting kerana ia melibatkan integriti penjawat awam yang bukan sahaja terhad kepada isu melibatkan rasuah tetapi juga dalam pengurusan dokumen sulit kerajaan.

“Saya minta penjawat awam berhati-hati bila memegang apa-apa dokumen rahsia sulit kerajaan. Penjawat awam juga perlu tahu apakah maklumat yang boleh didedahkan dan tidak boleh didedahkan.”

SUMBER : 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI