KBS Akan Melantik Pemimpin Parti Politik Bagi Jawatan Pengarah Majlis Sukan?

TULAR:
320

PENJELASAN :

Menteri Belia Dan Sukan, YB Saddiq Syed Abdul Rahman memperjelaskan dakwaan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melantik pemimpin parti politik bagi jawatan pengarah majlis sukan di peringkat negeri sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut YB Saddiq Syed Abdul Rahman, KBS menetapkan pengarah majlis sukan di peringkat negeri tidak dilantik daripada mana-mana pemimpin parti politik bagi mengelak sebarang pertembungan antara politik dan sukan.

Beliau tidak mahu perkara itu berlaku kerana dibimbangi akan wujud kepentingan peribadi dan konflik.

“Kita akan buat piawaian dan penetapan bahawa pengarah majlis sukan negeri bukan daripada pimpinan tertinggi parti politik. Di bawah kerajaan sebelum ini, pengarah majlis sukan negeri dilantik dalam kalangan pimpinan politik. Bagaimanapun, kali ini ia (pelantikan pengarah) perlu bebas daripada politik kepartian dan boleh dilantik dalam kalangan bekas atlet; tokoh korporat dan pegawai tadbir diplomatik atau mereka yang sudah lama dalam bidang sukan.”

SUMBER :

Berita Harian

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI