Kerajaan Halang Penetapan Pakaian Pramugara Patuh Syariah?

TULAR:
485

PENJELASAN :

Kementerian Pengangkutan memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat larangan daripada pihak kerajaan dari membenarkan pramugari syarikat penerbangan memakai pakaian patuh syariah, sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamarudin Jaffar, kerajaan tiada sebarang halangan bagi mana-mana syarikat penerbangan untuk menetapkan pakaian seragam pramugari yang menepati kehendak syariah Islam selagi mana ia mematuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan International Civil Aviation Organization (ICAO).

Katanya lagi, CAAM menetapkan supaya syarikat penerbangan perlu menyediakan pakaian seragam yang membolehkan pramugari dan pramugara menjalankan tugas-tugas keselamatan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Ini adalah satu keperluan bagi syarikat-syarikat penerbangan memperolehi sijil keselamatan. Dalam hal ini juga syarikat penerbangan bebas memilih pakaian seragam asalkan ia mematuhi kriteria sebagai pakaian yang tidak menghalang tugas semasa pengungsian kecemasan dan berdasarkan kesesuaian dan imej korporat masing-masing.”

SUMBER :

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI