PDRM Hanya Menghalang Penyokong Pihak Tertentu Sahaja Dari Memasuki Kompleks Mahkamah KL?

TULAR:
389

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia hanya menghalang penyokong pihak tertentu sahaja dari memasuki perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Polis menafikan pihaknya hanya menghalang penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy, pihaknya menerima arahan daripada mahkamah supaya tidak membenarkan individu yang tidak mempunyai urusan untuk memasuki kawasan kompleks untuk tujuan keselamatan.

“Dakwaan mengatakan kami hanya menghalang penyokong pihak tertentu adalah tidak benar, kami hanya menjalankan tugas yang diarahkan kepada kami. Sebelum ini berlaku kekecohan dalam kawasan mahkamah dan kita tidak mahu perkara itu berulang, jadi semua yang tidak mempunyai urusan tidak perlu berada dalam kawasan ini.”

SUMBER :

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI