WASPADA:
Orang ramai khususnya pemilik kenderaan dan pemegang lesen memandu dinasihatkan supaya mengemaskini alamat kediaman terkini dengan kadar segera.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):
Arahan ini adalah berdasarkan kepada subseksyen 58A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Subsekyen ini mewajibkan tiap-tiap pemunya berdaftar sesuatu kenderaan motor atau pemegang lesen memandu yang bertukar alamat rumah di Malaysia, hendaklah memaklumkan pertukaran tersebut dalam tempoh dua bulan dari pertukaran itu. Kegagalan melaksanakan sedemikian atau memberikan alamat yang tidak lengkap atau betul, adalah melakukan suatu kesalahan.
Sehubungan itu, orang ramai boleh mengemaskini maklumat dan alamat kediaman terkini di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan UTC di seluruh negara secara percuma. Di samping itu, sesiapa yang mempunyai ID mySIKAP awam, boleh berbuat demikian secara atas talian tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ.
Oleh yang demikian, orang ramai adalah digalakkan untuk mendaftar dan mendapatkan ID mySIKAP awan bagi memudahkan pelbagai urusan yang berkaitan dengan JPJ.
SUMBER: