KKM Melantik Ejen Bagi Pengambilan Jururawat Gred U29?

TULAR:
585

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melantik ejen bagi pengambilan jururawat Gred U29.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA :

KKM menjelaskan bahawa KKM tidak pernah memberi kuasa atau melantik mana-mana individu atau kumpulan untuk bertindak sebagai wakil atau agen bagi melaksanakan urusan pengambilan jururawat berkenaan.

KKM menegaskan bahawa pengambilan Jururawat Gred U29 di KKM hanya dilaksanakan di kalangan graduan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) manakala urusan perlantikan ke jawatan berkenaan adalah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai Pihak Berkuasa Melantik.

SUMBER : 
Laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI