PALSU:
Tular di media sosial satu rakaman video yang mendakwa kononnya terjadi insiden buli di sebuah sekolah menengah di Ipoh.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata semakan awal pihaknya mendapati insiden yang tular itu berlaku di St. Xavier’s Institution, Pulau Pinang.
“Ia video lama dikatakan berlaku di St. Xavier’s Institution. Tiada kes sebegini di Ipoh.”
Klip video berdurasi 25 saat itu didakwa berlaku di Sekolah Menengah Buntong di sini dan ia menunjukkan seorang pelajar lelaki dibelasah serta diterajang dua individu.