WASPADA:
Orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati melalui jalan Kulim-Kupang ke Grik berdekatan Kampung Kemangi berikutan kejadian tanah runtuh.
Menurut Pegawai Daerah Baling, Datuk Md Shuhaime Abdul Rahman, kejadian tanah runtuh jam 4 petang menyebabkan kenderaan menuju ke Grik tidak dapat meneruskan perjalanan mereka.
Beliau berkata , jalan sebelah kiri menghala ke Grik runtuh teruk dipercayai berlaku hakisan berikutan hujan lebat.
“Sehubungan itu semua kenderaan yang menghala ke sana terpaksa menggunakan laluan dari Baling ke Pengkalan Hulu untuk meneruskan perjalanan.
“Saya berharap kenderaan berat dan ringan tidak menggunakan jalan berkenaan bagi mengelak risiko terutama memandu pada waktu malam.”
SUMBER: