Kejadian Gangguan Elektrik Di Pusat Mengundi?

TULAR:
1310

PENJELASAN:

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperjelaskan laporan berhubung kejadian gangguan elektrik di beberapa pusat mengundi.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan TNB:

Empat pusat mengundi mengalami gangguan berpunca dari bekalan TNB, manakala selebihnya berpunca daripada masalah pendawaian dalaman pusat-pusat itu sendiri yang diuruskan oleh pihak berkuasa yang lain.

Bekalan telah dapat dipulihkan dalam tempoh lebih kurang sejam.

Pusat tersebut adalah SJK (Tamil) Raja Muda Musa, Pandamaran, Sekolah Kebangsaan Pelabuhan Klang, Selangor (4:40 petang hingga 5:51 petang), SK Taman Bersatu, Alor Setar, Kedah (7:07 malam hingga 7:58 malam) dan SRA Bandar Melawati, Selangor (7:25 malam hingga 8.32 malam).

Bekalan elektrik kepada semua Pusat Perjumlahan Rasmi Undi (PPRU) dalam keadaan baik dan tiada gangguan bekalan. TNB terus memantau bagi memastikan bekalan kekal stabil.

SUMBER:

Facebook Rasmi TNB


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI