PENJELASAN :
Kementerian Kesihatan memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat kekurangan dana peruntukan bagi pembelian ubatan kepada pesakit Hospital Pulau Pinang sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Kementerian Kesihatan, terdapat kekangan pembekalan stok ubatan Travatan dan Xalatan kepada pesakit di Hospital Pulau Pinang diatas permintaan yang sangat tinggi dan juga kegagalan pembekalan ubatan oleh pihak pembekal.
Pihak Hospital Pulau Pinang telah mengambil langkah proaktif dengan mendapatkan bekalan stok alternatif dari pembekal berlainan. Tindakan tersebut diambil bagi memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan dan bekalan ubatan dapat terus dibekalkan kepada pesakit.
Ubat alternatif juga telah diprekrepsi kepada pesakit sebagai rawatan interim.
SUMBER:
Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang
Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia