PENJELASAN:
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memperjelaskan laporan bahawa terdapat satu keluarga yang tidur di bawah jambatan Tanjung Lumpur, Kuantan sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut Pengarah JKM Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin, hasil temubual dengan lelaki iaitu ketua keluarga mendapati dia bersama seorang anak lelaki berusia empat tahun telah bermalam selama tiga hari di bawah Jambatan Tanjung Lumpur dengan tujuan untuk membawa anak berehat dan keluar dari rumah.
“JKM telah mengumpul maklumat bagi tujuan membantu keluarga ini khususnya dari aspek kewangan, perlindungan khususnya kepada anaknya serta bantuan khidmat kaunseling.”
SUMBER :
Laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang