Polis Keluarkan Kad Keahlian PBPM Kepada Warga Asing?

TULAR:
2203
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kad keahlian Program Kebajikan dan Perkhidmatan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) kepada warganegara asing.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut PDRM, ia tidak pernah mengeluarkan kad keahlian Program Kebajikan dan Perkhidmatan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) kepada warganegara asing.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad berkata Bukit Aman telah mengesan pemilikan kad peserta program itu dalam kalangan warga asing yang berada di negara ini.

“Adalah disahkan bahawa ibu pejabat ini tidak pernah memberi sebarang ‘endorsement’ bagi kad penyertaan sedemikian kepada warga asing bagi mengelakkan timbulnya pelbagai implikasi dan persepsi negatif. PDRM sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada kad tersebut telah disalahgunakan untuk apa jua tujuan yang menyalahi peraturan dan undang-undang.”

SUMBER:

Laman Rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia

Utusan Online

Sinar Harian 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI