Pendeposit Tabung Haji Tidak Terima Surat Tawaran?

TULAR:
460

PENJELASAN:

Tabung Haji (TH) memperjelaskan dakwaan mengenai pendeposit tidak menerima surat tawaran sepertimana yang hangat diperkatakan.

Gambar hiasan. Sumber: Tabung Haji

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Johan Abdullah berkata 6.4 juta pendeposit Tabung Haji (TH) dikesan masih gagal membuat pengemaskinian profil peribadi hingga menyukarkan penyaluran maklumat penting termasuk penerimaan surat tawaran haji.

Pendeposit disaran mengemaskini alamat, nombor telefon dan penamaan waris di mana-mana Pejabat Cawangan TH, Pusat Perkhidmatan TH, Pusat Transformasi Bandar (UTC), Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik di seluruh negara.

“Pengemaskinian profil amat penting bertujuan memudahkan TH menghubungi pendeposit serta mengelakkan kes surat tawaran haji tidak diterima kerana bertukar alamat.”

SUMBER:

Bernama 

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI