Sekatan Jalan Raya Punca Kemalangan Di Lebuhraya Plus?

TULAR:
909
Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN:

Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa sekatan jalan raya (SJR) oleh pihak polis adalah punca kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 41.3 Lebuh Raya Utara Selatan sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Pihak polis mengesahkan operasi sekatan jalan raya (SJR) berdekatan lokasi kemalangan tujuh kenderaan di Kilometer 41.3 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Kulai tengah malam semalam dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata jarak sekatan jalan raya dengan kawasan kemalangan membabitkan tujuh kenderaan.

“Kemalangan berlaku dalam 500 meter dari SJR. Kawasan berkenaan cerah dengan lampu jalan. Operasi di buat mengikut SOP dan kes masih dalam siasatan, selain menyiasatnya dari semua aspek termasuk keadaan kenderaan terbabit.”

SUMBER:

Laman Rasmi Facebook Polis Diraja Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI