PALSU:
Tular di media sosial rakaman video yang memaparkan kejadian kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal yang sedang berteduh dalam terowong kononnya di terowong Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur yang berlaku pada 17 Jun.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kotinjen Kuala Lumpur, ACP Zulkifli Yahya mengesahkan rakaman video tular berdurasi 1 minit 5 saat yang memaparkan kes kemalangan jalan raya melibatkan penunggang motosikal sedang berteduh dalam terowong, bukan berlaku dalam negara.
Hasil semakan pihak polis mengesahkan nombor pendaftaran kenderaan yang terlibat dalam video tersebut adalah dari negara luar.