PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membekukan proses permohonan pertukaran guru.
SEBENARNYA:
Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik menegaskan pertukaran guru tidak dibekukan dan masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dalam memproses permohonan pertukaran.
Pihaknya menerima 5,573 permohonan pertukaran guru dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung sementara 873 permohonan dari Semenanjung ke negeri tersebut.
“Kami masih menggunakan SOP sedia ada iaitu berdasarkan beberapa kriteria seperti kepentingan perkhidmatan, kekosongan jawatan di negeri yang dimohon dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon.
KPM juga memberi keutamaan kepada permohonan guru atas alasan mengikuti pasangan dan kami turut mempertimbangkan permohonan kes lain seperti sakit kronik dan ancaman keselamatan.”