PENJELASAN :
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperjelaskan dakwaan bahawa mereka bertanggungjawab ke atas lambakan graduan perubatan di Malaysia, ekoran kelulusan pengambilan pelajar dalam bidang perubatan yang diberikannya, sepertimana yang tular di media sosial.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi ,Datuk Seri Idris Jusoh, pengambilan pelajar perubatan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta ditentukan berdasarkan kuota yang diberikan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC), dan bukannya KPT.
“Pertambahan atau pengurangan jumlah pelajar perubatan di negara ini, sama ada lulusan tempatan atau luar negara ditentukan oleh MMC. Kementerian hanya mengambil pelajar berdasarkan kuota yang diberikan. Jadi, tidak timbul isu KPT meluluskan IPT awam atau swasta, termasuk dari luar negara beroperasi di negara kita sehingga menyebabkan jumlah graduan perubatan bertambah,” katanya.