Kedai Daging Sejuk Beku Di Tampin Jual Daging Lembu, Ayam Bercampur Daging Babi?

TULAR:
1238
Sumber gambar : KPDNKK

PALSU : 

Tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah kedai menjual daging sejuk beku di Tampin menjual daging babi.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA : 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri telahmembuat pemeriksaan segera dan mendapati tuduhan yang menjadi viral itu tidak berasas.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Saiful Bahri Abdul Kadir berkata ,”kita mendapati daging yang didakwa babi itu sebenarnya daging kambing lapah sejuk beku yang diimport dari New Zealand dan disembelih di rumah penyembelihan diiktiraf oleh pihak yang menguruskan pensijilan halal di negara itu.”

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada makanan tidak halal dijual di premis berkenaan.

SUMBER :

Berita Harian
News Straits Times

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI