PALSU :
Tular di aplikasi Whatsapp mengenai jangkitan kencing tikus yang didakwa berlaku di Gua Kelam, Perlis.
Gambar hiasan. Sumber : Facebook
SEBENARNYA :
Jabatan Kesihatan Negeri menerusi paparan Facebook menafikan bahawa terdapat kes Leptospirosis akibat mandi di Gua Kelam.
“Berhubung viral kejadian kes Penyakit Kencing Tikus yang menjadi tular dalam media sosial (whatsapp), sehingga kini TIADA KES YANG DISAHKAN LEPTOSPIROSIS dilaporkan berlaku di Gua Kelam mahupun di Negeri Perlis.”
SUMBER :
Facebook Jabatan Kesihatan Perlis
Catatan Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Perlis melalui Perlis Aktif