Bekalan Ubat Bagi Pesara Kerajaan Diberhentikan?

TULAR:
421

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan untuk pesara perkhidmatan awam persekutuan dan veteran berpencen akan diberhentikan.

Gambar Hiasan. Sumber: Berita Harian


SEBENARNYA :

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menegaskan bahawa kemudahan bekalan ubat dan alatan perubatan untuk pesara perkhidmatan awam persekutuan dan veteran berpencen tidak diberhentikan seperti disebarkan dalam media sosial.
Menurut kenyataan JPA, kemudahan bekalan ubat dan alat perubatan boleh diperoleh melalui preskripsi pegawai perubatan kerajaan di fasiliti KKM dan hospital universiti.

SUMBER :

Berita Harian

Siaran Media Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI