PALSU :
Hangat diperkatakan di media sosial bahawa Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia telah melantik syarikat/individu bagi mewakili Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mendapatkan data peribadi orang ramai bagi pengesahan data peribadi.
SEBENARNYA :
Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia menafikan bahawa ada melantik mana-mana syarikat atau individu bagi mewakili Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mendapatkan data peribadi orang ramai bagi apa-apa urusan yang melibatkan pengesahan data peribadi.
SUMBER :