KWAP Bakal Beli Tanah Di Tun Razak Exchange?

TULAR:
476

PENJELASAN :

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) memperjelaskan dakwaan bahawa KWAP bakal membeli tanah di kawasan pembangunan Tun Razak Exchange (TRX) daripada Tabung Haji dengan harga 15% harga lebih murah.

Sumber gambar: Facebook.

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengesahkan bahawa tiada komitmen pelaburan dibuat dalam pembangunan Tun Razak Exchange (TRX).

KWAP terus meninjau pelaburan dalam hartanah domestik yang memenuhi mandat dana untuk memberikan pulangan berterusan dalam jangka panjang. Semua pelaburan perlu memenuhi pulangan pelaburan minimum KWAP dan parameter risiko sebagaimana yang ditentukan lembaganya.

“Kami mengkaji peluang pelaburan di TRX sebagaimana yang dilakukan dengan mana-mana pelaburan hartanah lain dan keputusan untuk menilai projek itu secara komersial adalah berdasarkan lokasi strategik utama sebagai kawasan kewangan Kuala Lumpur akan datang.Pada ketika ini, tiada keputusan pelaburan muktamad telah dibuat ke atas projek itu.”

SUMBER :

Sinar Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI