Wanita Dirogol Enam Lelaki Selepas Diberi Dadah ‘Rohypynol’ dan ‘Progesterex’?

TULAR:
1034

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa seorang wanita dirogol oleh enam lelaki selepas diberikan dadah jenis  ‘Rohypynol’ dan ‘Progesterex’.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA :

Penyebaran maklumat kononnya seorang wanita dirogol enam lelaki selepas diberikan dadah jenis ‘Rohypynol’ dan ‘Progesterex’ yang tersebar dalam laman sosial adalah palsu, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi PDRM berkata, hasil semakan setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan perkara itu.

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI