PENJELASAN:
Timbalan Menteri Luar Negeri memperjelaskan dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia mengalu-alukan kehadiran diploma Israel yang dijemput oleh agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) di Kuala Lumpur.
Menurut Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, kehadiran diplomat Israel ke penganjuran WUF9 di Kuala Lumpur baru-baru ini, tidak disambut oleh mana-mana pegawai kerajaan termasuklah Pegawai daripada Kementerian Luar Negeri (MOFA), selain tiada kawalan keselamatan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap perwakilan tersebut sepanjang kehadirannya di program.
“Urusan kehadiran perwakilan itu kita serahkan kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Program Penempatan Manusia PBB (UN-Habitat). Ini kerana kita tidak mengalu-alukan perwakilan tersebut ke negara ini namun menerima kehadirannya di atas jemputan yang dikeluarkan PBB melalui UN-Habitat,”
Kata belie lagi, Malaysia telah menandatangani perjanjian tuan rumah bagi penganjuran WUF9 yang menjadi syarat wajib bagi mana-mana persidangan PBB yang diadakan di luar kawasan ibu pejabat pertubuhan itu, yang mana penyertaan ke forum berkenaan harus terbuka kepada semua negara-negara anggota PBB serta agensi-agensi khusus yang berkenaan. “Justeru itu tak timbul kerajaan Malaysia menjalinkan hubungan secara senyap-senyap dengan Israel melalui penganjuran WUF9.”