PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononya kerajaan negeri Melaka telah mengabaikan kawasan gerai Dataran 1Malaysia di Klebang yang menjadi tumpuan pelancong.
SEBENARNYA:
Kerajaan Negeri Melaka menafikan dakwaan kawasan gerai Dataran 1Malaysia di Klebang yang menjadi tumpuan pelancong di negeri itu terutamanya kafe dalam bas, diabaikan dari segi penyelenggaraannya.
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sedang dalam usaha untuk membaik pulih kawasan tersebut bagi memberikan keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.
SUMBER: