Kanak-Kanak Diculik Di Tesco Shah Alam?

TULAR:
165

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat seorang kanak-kanak yang kononnya diculik di pasar raya Tesco Shah Alam.

Gambar hiasan. Sumber : Facebook.


SEBENARNYA :

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat menafikan dakwaan tersebut dan berkata, pihaknya memandang serius terhadap individu yang menyebarkan berita palsu itu.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya usah menyebarkan cerita yang tidak sah kerana ianya boleh menyebabkan kegusaran masyarakat.

Katanya lagi, kes itu merujuk kes sebenar yang berlaku di Indonesia.

SUMBER :

Polis Diraja Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI