Imigresen Kekurangan Pasport Antarabangsa Malaysia?

TULAR:
675

PENJELASAN :

Jabatan Imigresen memperjelaskan laporan bahawa pihak imigresen kekurangan pasport antarabangsa Malaysia berikutan pengeluaran pasport baharu lengkap dengan halaman Biodata Polikarbonat dan Cip sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan. Sumber : Says.com

Menurut, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Sakib Kusmi, pelaksanaan pasport baharu memerlukan pejabat yang menguruskannya ditutup sementara tetapi ia tiada kaitan dengan isu kekurangan pasport.

Jelas beliau, pasport baharu ini sudah mula dikeluarkan sejak 9 Mei lalu. Penutupan pejabat berkenaan terpaksa dilakukan untuk pemasangan peralatan baharu dan mengadakan sesi latihan kepada pegawai untuk mengendalikan peralatan baharu, sekali gus melicinkan operasi pengeluaran pasport antarabangsa Malaysia.

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI