Longgokan Ubat Buangan Di Ulu Gombak Daripada KKM ?

TULAR:
514

PENJELASAN  :

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan bahawa longgokan ubat terbiar di tepi jalan di kawasan Hutan Simpan Ulu Gombak, Selangor

Sumber gambar : Skamps

Susulan daripada laporan tersebut wakil daripada KKM telah pergi ke lokasi yang dilaporkan bersama dengan wakil daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga penduduk Kampung Orang Asli Kampung Batu 16 Gombak, En. Hamid Padam.

Perkara tersebut telah dimaklumkan dan diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar dan syarikat ubat yang berkenaan telah mengambil langkah-langkah bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ubat yang dijumpai bukan daripada fasiliti KKM. Semua fasiliti KKM akan melupuskan ubat-ubatan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan, iaitu melalui pihak Kualiti Alam atau perkhidmatan sokongan hospital, Radicare.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI