KWSP Henti Dividen Ahli Umur 75 Ke Atas?

TULAR:
758

PENJELASAN :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperjelaskan kenyataan bahawa ahli KWSP yang berumur 75 tahun ke atas tidak akan menerima pembayaran dividen.

Sumber: kwsp.gov.my

KWSP ingin menjelaskan bahawa kenyataan mengenai pembayaran dividen KWSP sehingga usia 75 yang sedang diedarkan semula di media siber tidak lagi terpakai.

KWSP boleh memindahkan sebarang simpanan yang tidak dituntut ahli kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut apabila ahli yang telah mencapai umur 100 tahun. Ahli yang mengekalkan simpanan mereka dalam KWSP akan terus menerima dividen sehingga simpanan yang tidak dituntut dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut.

SUMBER :

Siaran Media KWSP


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI