Produk Coca Cola Di Dalam Botol Aluminium Sempena Euro 2016 Terdapat Alkohol?

TULAR:
765

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa produk Coca Cola di dalam botol aluminium berwarna merah sempena Euro 2016 terdapat alkohol.


Gambar Hiasan. Sumber : Facebook


SEBENARNYA :

Berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima Bahagian Hab Halal JAKIM, produk tersebut diimport dari negara Eropah dan tidak mempunyai atau memiliki mana-mana pengesahan halal dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Berkenaan isu campuran alkohol, pihak Coca Cola melalui laman web rasminya telah membuat penafian.

Walau bagaimanapun, produk Coca Cola yang dikilangkan di Malaysia adalah merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

SUMBER :

Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI