Produk Khinzir Di Dalam Tin Ada Logo Halal Daripada JAKIM?

TULAR:
2057

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa produk khinzir di dalam tin terdapat logo Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Gambar hiasan. Sumber: halalgenius.com

SEBENARNYA:

JAKIM menyatakan melalui laman media sosial bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada produk berkenaan.

Hasil siasatan JAKIM di dua lokasi (Miri & Kuching) seperti yang dimaklumkan oleh pengadu produk tersebut tidak didapati berada di pasaran.

Jakim tidak menolak kemungkinan bahawa ianya merupakan gambar yang sengaja diubah suai dengan meletakkan logo Halal.

SUMBER :

Laman Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI