PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Cina telah bocor, dan calon dikehendaki menduduki semula kertas tersebut pada tarikh lain yang telah ditetapkan.
Sumber gambar: WhatsApp
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia:
Lembaga Peperiksaan (LP) telah menjalankan siasatan berkaitan aduan yang diterima. Lembaga Peperiksaan ingin memaklumkan bahawa berita tentang kebocoran tersebut adalah TIDAK BENAR.
Sehubungan dengan itu, tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula kertas yang dinyatakan.
Ibu bapa / penjaga dan calon tidak perlu bimbang berkaitan perkara ini. Peperiksaan ini telah dijalankan mengikut garis panduan yang diberikan oleh LP dengan penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
SUMBER:
Kementerian Pendidikan Malaysia