Ancaman Tsunami Di Johor?

TULAR:
3610

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya akan berlaku ancaman tsunami di Johor pada bulan ini.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan MET Malaysia:

Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa berdasarkan amaran daripada MMD bermula pada bulan November dan Disember 2018 ini, dijangka akan berlaku tsunami di Johor dan persisiran pantai. Ingin ditegaskan bahawa MMD tidak ada mengeluarkan amaran tsunami seperti yang didakwa di dalam mesej tersebut.

Selain itu, mesej tersebut juga mengandungi pelbagai kesalahan fakta seperti magnitud gempa bumi 12.3 skala Richter kerana magnitud gempa bumi yang maksimum adalah sehingga 10.0 skala Richter sahaja. MMD juga ingin menjelaskan bahawa sehingga kini belum ada kaedah saintifik untuk meramal bila dan di mana akan berlaku gempa bumi. Oleh itu, amaran tsunami juga tidak dapat dikeluarkan sebelum suatu gempa bumi yang signifikan berlaku.

MMD selaku jabatan yang bertanggungjawab memantau kejadian gempa bumi di rantau ini akan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami sekiranya ia dijangka boleh mengancam kawasan pantai negara ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET Malaysia

Astro Awani

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI