Wabak Kencing Tikus Di Kawasan Hutan Lipur Terengganu?

TULAR:
835
Sumber gambar: public-domain-photos.com

PENJELASAN:

Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu memperjelaskan laporan berhubung wabak kencing tikus yang dilaporkan di kawasan hutan lipur Terengganu.

Gambar hiasan. Sumber: stockvault.net

Semua kawasan hutan lipur di Terengganu disahkan bebas daripada wabak kencing tikus atau leptospirosis.

Pengarah Perhutanan Terengganu, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, pihaknya sentiasa menerima laporan daripada pejabat kesihatan daerah setiap bulan dan setakat ini tiada masalah wabak kencing tikus dilaporkan.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan sentiasa mengambil sampel air di hutan lipur negeri ini dan hasil ujian, destinasi-destinasi itu masih selamat dikunjungi pengunjung.

“Masalah kencing tikus bukannya daripada hutan lipur sahaja, di tempat lain ada juga seperti restoran. Cuma lazimnya orang terus kaitkan kencing tikus ini dengan air terjun di hutan-hutan lipur. Perkara ini harus difahami sebaik mungkin oleh orang ramai. Pengunjung juga perlu main peranan bagi elak perkara ini iaitu dengan turut sama jaga kebersihan kawasan air terjun atau hutan lipur.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI