PALSU:
Tular di media sosial satu rakaman klip video yang mendakwa kononnya terdapat kes Covid-19 di Hospital Selayang.
SEBENARNYA:
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rakaman klip video tersebut adalah palsu.
Pihak KKM juga turut memaklumkan bahawa khemah yang terdapat di luar bangunan Hospital Selayang adalah sebagai langkah kesiapsiagaan. Hospital Selayang adalah salah satu tempat saringan bagi Covid-19.