Pesakit Di Hospital Pulau Pinang Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Covid-19?

TULAR:
1884

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan satu laporan berita yang melaporkan terdapat kes pertama pesakit yang meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang akibat jangkitan Covid-19.

Gambar hiasan. Sumber gambar: ms.wikipedia.org

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Ketua Pengarah Kesihatan KKM:

Untuk makluman, pesakit berkenaan telah mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Pulau Pinang disebabkan oleh batuk dan bengkak di kedua-dua belah kaki beliau pada 10 Februari 2020. Beliau tidak mempunyai sejarah pergerakan ke negara China atau mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan COVID-19. Selain itu, pesakit ini juga mempunyai masalah kesihatan kronik yang lain dan masih dalam rawatan susulan. Beliau kemudiannya telah dimasukkan ke wad, dan seterusnya ke Unit Rawatan Rapi (ICU) disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot. Pada 12 Februari 2020, pesakit telah meninggal dunia disebabkan oleh “Septic shock with multiorgan failure complicated with cardiogenic shock”.

Sampel klinikal telah diambil untuk ujian saringan jangkitan COVID-19. Ini adalah kerana, pesakit dimasukkan ke ICU dan mempunyai dapatan klinikal penyakit radang paru-paru (pneumonia). Sampel klinikal pesakit telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) untuk ujian pengesanan dan pengesahan bagi COVID-19. Pada 13 Februari 2020, keputusan ujian makmal mengesahkan pesakit adalah NEGATIF kepada jangkitan COVID-19.

SUMBER:

Laman Rasmi KP Kesihatan


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI