PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa penyakit difteria buat pertama kalinya telah dikesan di Putrajaya.
SEBENARNYA :
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa Putrajaya mencatat kes pertama difteria.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiada kes difteria dilaporkan di Putrajaya setakat ini walaupun ia dilaporkan berlaku di beberapa negeri lain.
SUMBER :
Kementerian Kesihatan Malaysia