Malaysia Akan Ditenggelami Laut Tahun 2100?

TULAR:
1212

PENJELASAN :

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar memperjelaskan dakwaan bahawa Malaysia dijangka tenggelam ekoran daripada kenaikan paras laut menjelang tahun 2100, sepertimana yang tular di media sosial.

Gambar hiasan. Sumber : Tree Hugger.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, fenomena peningkatan aras laut di beberapa pesisir pantai Malaysia sehingga berkemungkinan menenggelamkan beberapa kawasan sekitarnya bukan spekulasi sebaliknya adalah unjuran hasil kajian antarabangsa.

Tambahnya, kajian saintifik antarabangsa yang dibuat pada tahun 2010 itu mendapati beberapa kawasan pesisir pantai Semenanjung Malaysia akan mengalami kenaikan aras laut menjelang tahun 2100.

“Bagaimanapun kajian Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) menunjukkan bahawa peningkatan aras laut di bandar-bandar utama pesisir pantai Malaysia pada tahun 2020 tidak begitu ketara,” katanya.

SUMBER :

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM)

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI