Pemastautin Tetap Boleh Memohon Tukar Status Ke Warganegara ?

TULAR:
3440

PALSU :

Tular di media sosial mengenai dakwaan bahawa pemastautin tetap kini boleh memohon tukar status ke warganegara Malaysia jika sudah menetap lebih daripada 10 tahun.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan bahawa pemastautin tetap kini boleh memohon tukar status ke warganegara Malaysia jika sudah menetap lebih daripada 10 tahun.

JPN menegaskan Malaysia tidak ada menjalankan sebarang program pemberian warganegara kepada orang yang tidak layak dan di luar Perlembagaan Malaysia.

SUMBER : 

Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI