PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes rogol dan bunuh yang berlaku di berdekatan sebuah restoran makanan segera di Miri, Sarawak.
Sumber Gambar: Facebook
SEBENARNYA :
Polis Miri menafikan terdapat kes rogol dan bunch yang berlaku berhampiran restoran makanan segera di sini.
Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, paparan dalam Facebook Miri Community II dan Miri City Community mengenai kejadian itu adalah tidak benar. Pihak Polis telah menahan seorang mekanik kereta berusia 23 tahun kerana membuat catatan palsu tersebut.