Mee Jenama Azam Berstatus Tidak Halal?

TULAR:
1457
Gambar hiasan. Sumber gambar : JAKIM

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya mee jenama Azam menggunakan logo halal palsu.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), gambar kilang pemprosesan mee yang di tularkan tiada kaitan dengan cerita yang disertakan. Gambar tersebut adalah kilang mee hoon di luar negara dan tiada kaitan dengan syarikat tersebut.

Manakala gambar tular yang memaparkan tindakan serbuan oleh penguatkuasa KPDNKK bersama agensi penguatkuasa halal negeri dan JAKIM merupakan isu lama berkenaan penyalahgunaan logo halal yang telah selesai.

Perlu diketahui bahawa syarikat Mee Azam Tekad merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini.

Proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) mengambil kira setiap ramuan dan proses yang berkaitan di dalam pengeluaran sesuatu produk dengan teliti oleh pakar Syariah dan juga teknologi makanan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Bahagian Hab Halal JAKIM

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI