Pekerja Proton Bakal Diberhentikan dari Pekerjaan?

TULAR:
623

PENJELASAN :

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) memperjelaskan dakwaan bahawa pekerja-pekerja Proton mungkin akan diberhentikan susulan isu pembelian saham syarikat Proton oleh entiti luar, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: The Hype.

Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed, beliau yakin bahawa pekerja Proton Holdings Bhd akan diberikan layanan adil oleh mana-mana entiti yang membeli sahamnya.

“Saya cukup yakin bahawa sesiapa jua yang memiliki Proton (kelak) akan melihat dari keseluruhan aspek, tidak hanya pada perniagaan, malah hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan pekerja,” katanya. “Apa-apa tindakan yang berkaitan dengan pekerja haruslah diselaraskan dengan undang-undang negara di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia,” katanya.

 

SUMBER :

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI